Sepanjang tahun pelbagai aktiviti ukwah dilakukan di Masjid Mukim Batang Merbau yang bertujuan menyemai perasaan sayang dan tolong menolong antara saudara sesama islam khususnya untuk penduduk Mukim Batang Merbau.
1. Memasak Bubur Asyura
 |
| Mengerah tenaga mengacau asyura |
Sempena menyambut tahun baru hijrah 1440H, pada 28/09/2018 yang lalu berlangsungnya program memasak bubur asyura. Acara ini bermula seawal 4.00 pagi. Sebanyak 8 kawah bubur asyura yang dimasak. Boleh dikatakan kesemua penduduk mukim yang tinggal berdekatan dengan masjid datang menghulurkan bantuan bagi menjayakan program ini. Bubur asyura siap dimasak dalam pukul 12.00 tengahari. Kesemua bubur asyura ini diagihkan kepada penduduk mukim yang datang ke masjid dan juga kepada jemaah solat Jumaat.
 |
| 'Free Style' |
Tunggu giliran mengacau
2. Sukaneka
Pada hari sabtu 27/10/2018 yang lepas, berlangsungnya acara sukaneka yang khususnya untuk para muslimah dan kanak-kanak sahaja. Acara bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Antara acara yang dipertandingkan ialah membaling belon berisi air, tarik tali, memasukkan benang ke dalam jarum,mewarna, mengisi air ke dalam botol dan banyak lagi.
Selain acara sukan, juga ada acara kuiz dan da'i.
 |
| Para peserta mendengar taklimat |
 |
| Acara tarik tali |
 |
| Mewarna |
 |
| Baling belon berisi air |
3. Pendaftaran i-Suri
i-Suri adalah singkatan kepada insentif Suri dan merupakan caruman sukarela dengan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-kasih. Bagi memudahkan pendaftaran, pada 31/10/2018 pihak KWSP telah memilih Masjid Mukim Batang Merbau untuk dijadikan hari terbuka pendaftaran i-Suri.
 |
| Mengisi borang |
Beratur untuk serah borang
Menuggu giliran untuk dipanggil
Sekian untuk kali ini..jumpa lagi,insya-Allah...
Comments
Post a Comment