ASSALAMUALAIKUM WBT.
Masjid Mukim Batang Merbau
LOKASI
Masjid Mukim Batang Merbau terletak di Kampung Batang Merbau, Tanah Merah Kelantan, kira-kira 14 km dari Bandar Tanah Merah. Ianya betul-betul berada di tepi Lebuhraya Timur Barat yang mana menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1968 dan perasmiannya telah dilakukan pada tahun 1977 oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Seiring dengan masa, masjid ini telah banyak mengalami pengubahsuaian, mengikut arus pemodenan. Namun struktur asas masih mengekalkan yang lama.
Dengan ruang solat yang agak luas, masjid ini mampu menampung jemaah seramai 1000 orang dalam satu masa.
Bagi muslimin, mereka boleh mengambil wuduk samada menggunakan air paip ataupun air kolah.
Untuk muslimah pula, tempat wuduk berada dalam bangunan masjid.
KEMUDAHAN AWAM
Dengan kedudukannya yang strategik, maka tidak hairanlah ramai pengguna jalan raya akan berhenti di masjid ini samada untuk bersolat ataupun berhenti rehat. Oleh yang demikian pihak pengurusan masjid telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para pengguna.
1. Tempat Parkir
Para pengunjung boleh meletakkan kenderaan mereka samada di hadapan masjid ataupun di sebelah sisi masjid.
2. Tempat Rawat Dan Rehat.
Untuk keselesaan pengunjung, pihak masjid telah menyediakan tempat rehat dan rawat yang cukup luas untuk digunakan. Ini kerana setiap kali tiba cuti sekolah, para pengunjung yang datang akan berlipat kali ganda.
Air kosong sejuk/panas disediakan percuma kepada pengunjung. Namun bagi mereka yang inginkan air yang berperisa,mesin jualan air berperisa juga disediakan.
3. Tandas Awam
Terdapat 2 tandas awam disediakan, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Setiap tandas mempunyai 7 bilik dimana 2 daripadanya adalah bilik mandi.
PERKHIDMATAN
1. Bilik Sewa
Bagi mereka yang ada urusan berdekatan dengan masjid dan ingin bermalam di kawasan tidak jauh dari masjid, pihak masjid ada menyediakan bilik untuk disewa. Dalam bilik ini terdapat 2 buah katil, 1 bilik air, pendingin hawa, kipas angin dan almari pakaian. Kadar sewa adalah RM70.00 untuk malam pertama dan RM50.00 untuk malam-malam yang berikutnya.
2. Pejabat Masjid
Bagi memudahkan anak mukim berurusan dengan imam masjid berkaitan dengan nikah,pengesahan borang, pendaftaran online, zakat dan lain-lainnya, pihak pengurusan masjid telah mewujudkan sebuah pejabat. Pejabat ini diuruskan oleh seorang kerani. Waktu operasinya dari hari Ahad hingga Khamis,dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
3. Pengurusan Jenazah
Masjid Mukim Batang Merbau mempunyai sebuah van jenazah yang digunakan untuk berkhidmat kepada anak mukim bagi memudahkan urusan pengebumian jenazah. Van jenazah ini digunakan untuk menghantar jenazah ke masjid untuk disembahyangkan, kemudian akan menghantarnya ke kubur untuk disemadikan. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk anak mukim Batang Merbau.
LOKASI
Masjid Mukim Batang Merbau terletak di Kampung Batang Merbau, Tanah Merah Kelantan, kira-kira 14 km dari Bandar Tanah Merah. Ianya betul-betul berada di tepi Lebuhraya Timur Barat yang mana menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
| Rupabentuk Masjid Mukim Batang Merbau terkini. |
Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1968 dan perasmiannya telah dilakukan pada tahun 1977 oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Seiring dengan masa, masjid ini telah banyak mengalami pengubahsuaian, mengikut arus pemodenan. Namun struktur asas masih mengekalkan yang lama.
| Ruang Solat Dalam Masjid |
Dengan ruang solat yang agak luas, masjid ini mampu menampung jemaah seramai 1000 orang dalam satu masa.
| Paip Wuduk |
Bagi muslimin, mereka boleh mengambil wuduk samada menggunakan air paip ataupun air kolah.
| Kolah Wuduk |
Untuk muslimah pula, tempat wuduk berada dalam bangunan masjid.
| Pintu Masuk Tempat Wuduk Wanita |
KEMUDAHAN AWAM
Dengan kedudukannya yang strategik, maka tidak hairanlah ramai pengguna jalan raya akan berhenti di masjid ini samada untuk bersolat ataupun berhenti rehat. Oleh yang demikian pihak pengurusan masjid telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para pengguna.
1. Tempat Parkir
| Ruang Parkir Hadapan |
| Ruang Parkir Sisi |
Para pengunjung boleh meletakkan kenderaan mereka samada di hadapan masjid ataupun di sebelah sisi masjid.
2. Tempat Rawat Dan Rehat.
| Garaj Rawat dan Rehat |
Untuk keselesaan pengunjung, pihak masjid telah menyediakan tempat rehat dan rawat yang cukup luas untuk digunakan. Ini kerana setiap kali tiba cuti sekolah, para pengunjung yang datang akan berlipat kali ganda.
| R & R |
Air kosong sejuk/panas disediakan percuma kepada pengunjung. Namun bagi mereka yang inginkan air yang berperisa,mesin jualan air berperisa juga disediakan.
| Tempat Minuman |
3. Tandas Awam
Terdapat 2 tandas awam disediakan, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Setiap tandas mempunyai 7 bilik dimana 2 daripadanya adalah bilik mandi.
| Tandas Awam |
PERKHIDMATAN
1. Bilik Sewa
Bagi mereka yang ada urusan berdekatan dengan masjid dan ingin bermalam di kawasan tidak jauh dari masjid, pihak masjid ada menyediakan bilik untuk disewa. Dalam bilik ini terdapat 2 buah katil, 1 bilik air, pendingin hawa, kipas angin dan almari pakaian. Kadar sewa adalah RM70.00 untuk malam pertama dan RM50.00 untuk malam-malam yang berikutnya.
| Bilik Sewa |
2. Pejabat Masjid
Bagi memudahkan anak mukim berurusan dengan imam masjid berkaitan dengan nikah,pengesahan borang, pendaftaran online, zakat dan lain-lainnya, pihak pengurusan masjid telah mewujudkan sebuah pejabat. Pejabat ini diuruskan oleh seorang kerani. Waktu operasinya dari hari Ahad hingga Khamis,dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
| Pejabat Masjid |
3. Pengurusan Jenazah
| Van Jenazah Masjid |
Comments
Post a Comment