Aktiviti-aktiviti Masjid
Sepanjang tahun pelbagai aktiviti ukwah dilakukan di Masjid Mukim Batang Merbau yang bertujuan menyemai perasaan sayang dan tolong menolong antara saudara sesama islam khususnya untuk penduduk Mukim Batang Merbau. 1. Memasak Bubur Asyura Mengerah tenaga mengacau asyura Sempena menyambut tahun baru hijrah 1440H, pada 28/09/2018 yang lalu berlangsungnya program memasak bubur asyura. Acara ini bermula seawal 4.00 pagi. Sebanyak 8 kawah bubur asyura yang dimasak. Boleh dikatakan kesemua penduduk mukim yang tinggal berdekatan dengan masjid datang menghulurkan bantuan bagi menjayakan program ini. Bubur asyura siap dimasak dalam pukul 12.00 tengahari. Kesemua bubur asyura ini diagihkan kepada penduduk mukim yang datang ke masjid dan juga kepada jemaah solat Jumaat. ...